Bijirin hebat untuk kesihatan hebat!

Assalamualaikum & Salam sejahtera,
  
Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai suatu makanan tambahan yang berbentuk bijiran iaitu O!Yes Spirulina Cereal.Pada mulanya produk ni nampak macam biasa-biasa jerr. Tapi bila dah rasa baru kita tahu nikmat serta khasiatnya.

O!Yes Spirulina Cereal


O-Yes! Spirulina Cereal yang baru merupakan spektrum berkhasiat  serta kaya dengan sebatian halus Elken Spirulina organik, Kolostrum IG6, beras perang, oat dan barli. Sumber ini memang kita ketahui sangat padat dengan protein dan kalsium. Ia juga diperkaya dengan Taurina yang berkesan untuk penglihatan dan perkembangan otak yang baik.

Pada suatu hari, saya ada bagi pek percubaan kepada adik saya. Tujuannya untuk diberikan kepada anaknya yang berusia 1 tahun lebih. Ketika diberi makan, dia muntah.(means tak suka la). Tapi sekarang dah jadi kebiasaan pada anak saudara saya ni. Nak tau apa jadi sekarang??fuhh..tak cukup tangan parent dia melayan kerenah dia.hyper aktif..tapi aktif yang positif laa.

Ni satu lagi mak saya n seorang guru pencen pun dah cuba..Mereka sekarang dah jadika oat elken ni sebagai makanan tambahan tetap.Lebih lagi bila berpuasa, memang tahan lapar .Sebab kekadang orang tua ni dah jemu dengan ubat-ubatan dan pil ni.Dengan cara menjadikan spirulina sebagai bentuk oat, jadi dia orang ni tak terasa sangat macam makan ubat.

Lagi satu O!Yes Spirulina Cereal ni sesuai untuk semua golongan, yang vegetarian, kanak-kanak serta warga tua. Ia bebas daripada pewarna tiruan atau pengawet.Khas untuk pesakit gout, darah tinggi, pengurangan lemak dan sebagainya. Dann yang penting sekali ia adalah HALAL.

Cubalaa...

cara buat menu scroll pada widget

Assalamualaikum...

Blog dah siap cuma nak touch up dengan bermacam-macam design la, pattern la kan?
Ni nak kongsi pulak macam mana nak buat menu scroll pada widget.
Macam biasa la perkara wajib, kena la login dulu.

Klik design-pilih edit html--klik pada expand template widget
kemudian gunakan fungsi carian Ctrl+F dan taipkan perkataan archive

Cara buat MENU BAR di bawah header

Assalamualaikum..

hari ni saya ada belajar cara nak buat MENU BAR di bawah header dan ingin kongsikan bersama.
Cara nak buat dia mudah bagi yang dah biasa tapi bagi blogger baru macam saya memang  terkial-kial sikit. Itu tak mengapa kerana saya juga  macam anda juga dulu. Cuma cara ini tak perlu nak edit HTML..ok jom kita cuba..


Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin berkongsi tentang Kabinet Malaysia 2013. Gandingan muka baru dan lama. Antara yang menjadi tumpuan ialah YB Tuan Khairi Jamaluddin Bin Abu Bakar yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Sememangnya inilah yang dinantikan oleh golongan muda kerana keazaman dan idea-ideanya yang diharap dapat memacu sukan negara ke arah yang lebih tinggi.

Cuma yang saya sedih dimana YB Datuk Razali Ibrahim yang dulunya sebagai Timbalan Menteri belia dan Sukan masih kekal sebagai Timbalan Menteri.Cuma berubah portfolio sahaja.Sekarang memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau seorang yang kuat bekerja, sentiasa memenuhi aspirasi masyarakat peringkat akar umbi tetapi masih belum cukup untuk memenangi hati PM kita.

Begitu juga dengan Datuk Halimah Sadique(Tim.Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & kerajaan Tempatan), Datuk Noriah Kasnon( Tim. Menteri Perusahaan, Perladangan & Komoditi), Datuk Ahmad Maslan(Tim. Menteri  Kewangan) yang saya rasa layak diberikan kepercayaan sebagai Menteri penuh.

Kemasukan Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar ke dalam kabinet Malaysia dilihat sebagai mengukuhkan ekonomi Malaysia. Lihat sahaja kejayaan beliau di Telekom(TM) dan Maybank. Beliau berjaya memacu syarikat tersebut menjadi antara syarikat kewangan dan telekomunikasi yang paling kukuh di Malaysia.

Apa pun tahniah kepada yang dilantik dan diharapkan dapat memberikan khidmat yang terbaik. 

Rakyat Bawahan didahulukan, Rakyat Juga diutamakan.

Salam 1 Malaysia.


 Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Nama saya Zulyazan Hj Reduan . Berasal dari Muar, Johor.Bagi yang telah mengenali diri saya , hanya memanggil dengan nama Ajan sahaja.Kadang2 orang confuse jugak, mamak ke?Hehe..xdela, saya ni keturunan Melayu-Jawa . 


Sebenarnya saya buat blog ni cuma suka2 jerrr..maklumlah dari dulu memang menulis bukan minat saya.Sebab tulah xbanyak ceritera baru dan terkini kat blog saya ni kan??Apapon, dalam pada itu saya sentiasa belajar dengan mengikuti cara-cara penulisan serta penghasilan blog daripada blogger2 terbaik Malaysia.Yup!! kita kena bangga dengan anak Malaysia yg telah berjaya dalam ber'blogger' nie..terbaekk!!!


Lepas nie, saya berharap akan timbul idea-idea bernas utk saya menulis.As a new blogger, i hope can get suggestion n feed back from my new friends out there.U r WelCome.


Sincerely,
Ajan Reduan